Saturday, August 22, 2015

Soalan kuiz tentang Pendidikan di Tanah Melayu

Untuk memahami tajuk sejarah pendidikan Cina sebelum kemerdekaan dengan lebih mendalam, sila menjawab soalan-soalan tersebut. Jika anda sudah menjawab semua soalan, anda boleh merujuk kepada post yang sebelumnya untuk mendapat jawapan yang lebih tepat.

Soalan Struktur

Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.

(a)    Apakah maksud pendidikan vernakular ?

(b)    Nyatakan ciri umum pendidikan vernakular.

(c)     Jelaskan persamaan pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa penjajahan British.

 (d)   Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan vernakular tidak mampu memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu ?


(e)    Bagaimanakah perpaduan kaum di negara kita boleh dipupuk melalui sistem pendidikan ?


Taniah jika anda dapat menjawab semua soaaln dengan tepat. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai kesusahan untuk menjawab, sila rujuk kepada post-post sebeumnya.

Pendidikan di Tanah Melayu

             Pendidikan vernakular merupakan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar. Ciri-ciri umum pendidikan ialah:
  • berorientasikan kaum
  • buku teks dan guru dibawa dari negara asal
  • menggunakan pengantar bahasa ibunda
  • kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing

            Terdapat banyak persamaan pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa penjajahan British iaitu kos pendidikan dibiayai oleh pengusaha (Cina: taukeh lombong ,Tamil: pengusaha ladang), menggunakan dialek sebagai bahasa pengantar dan guru, buku serta sukatan pelajaran dibawa dan berasaskan di negara asal.

            Pada pendapat saya, pendidikan vernakular tidak dapat memupuk perpaduan di Tanah Melayu kerana pendidikan vernakular berorentasikan kaum masing-masing. Selain itu, murid yang pelbagai kaum telah dipisahkan dan tidak menggunakan sukatan pelajaran sama. Di samping itu, kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing dan pendidikan ini tidak dilaksanakan hingga ke peringkat tinggi

            Untuk memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu melalui sistem pendidikan, rakyat harus menggunakan menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan menggunakan bahasa Melayu iaitu bahasa rasmi sebagai bahasa pengantar. Pada masa yang sama, semua kaum harus menglibat dalam aktiviti kokurikulum dan mewujudkan sekolah kebangsaan.

            Selepas negara mencapai kemerdekaan, usaha yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memperkasakan sistem pendidikan ialah menggunakan pengantar yang bersama, menyediakan peluang pendidikan ke pusat pengajian tinggi, melengkapkan prasarana pendidikan serta melengapkan sekolah degan kemudaha ICT.

Video tentang perkembangan Pendidikan Cina di Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=_Dq-fImRD-k

https://www.youtube.com/watch?v=yheGX1i2zik

https://www.youtube.com/watch?v=ZAr3Op2TDlg

https://www.youtube.com/watch?v=AOYSMl


Pada pendapat anda, kenapa pendidikan begitu penting bagi sesebuah kaum?

Contoh sukatan yang digunakan oleh Sekolah Cina

Sunday, August 16, 2015

Latar Belakang Pendidikan Cina di Malaysia VI

           Pada 1960, kerajaan telah mengkaji semula Ordinan Pelajaran 1957 melalui jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman bin Talib. Laporan jawatankuasa tersebut dinamakan sebagai Laporan Rahman Talib. Melalui laporan ini, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan telah dicadangkan untuk ditubuhkan. Cadangan ini adalah untuk menempatkan semua kanak-kanak yang pelbagai kaum di bawah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta bertujuan untuk mengamalkan sistem pendidikan yang hanya menggunakan satu bahasa. Salah satu cadangan Laporan Rahman Talib ialah kerajaan akan memberi subsidi kepada sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala  bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh diajar sebagai mata pelajaran tambahan. Laporan ini telah diluluskan pada Oktober 1961 dan dimaktubkan menjadi Akta Pelajaran 1961.


Abdul Rahman bin Talib yang mengetuai Laporan Rahman Talib

__Serba-sedikit tentang Akta Pelajaran 1961__
- akta ini telah dilaksanakan sehingga sekarang
- berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan abdul Talib
-bertujuan untuk menyatupadukan kaum yang terdapat di Malaysia

Isi Kandungan Akta Pelajaran 1961

= pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
=sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga 15 tahun
= murid naik darjah secara otomatik
= pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangnya 15 orang
= pendidikan akhlak dititikberatkan
= membahagikan sekolah menengah kepada 2 jenis dan kerajaan memberi subsidi penuh kepadadua jenis tersebut bermula 1962
   
   a. sekolah kebangsaan
- terdiri daripada pelajar Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

  b. sekolah jenis kebangsaan
 - terdiri daripada pelajar Cina dan pelajar India, yang menggunakan bahasa Inggris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
 - mata pelajaran tambahan --bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sila rujuk kepada http://www.scribd.com/doc/7458585/Pendidikan-Cina-di-Malaysia#scribd


Soalan
1. Pada pendapat anda, mengapakah pihak kerajaan selalu menggubalkan sistem pendidikan? Apa tujuan mereka?

Saturday, August 15, 2015

Latar Belakang Pendidikan Cina di Malaysia V

          Pada 1954, kerajaan British telah mencadangkan bahawa hanya pelajar yang cukup usia wajib belajar di sekolah kebangsaan melalui Akta Pendidikan 1954. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah mendapat tentangan yang hebat daripada kaum Cina. Oleh hal yang demikian, wakil dari pihak sekolah Cina di Semenanjung Malaya telah mengadakan mesyuarat dengan wakil Malayan Chinese Association (MCA) untuk membincangkan hal-hal yang berkenaan. Keputusan perbincangan mesyuarat ini ialah Persekutuan Lembaga Pengurus Persatuan Sekolah Cina di Malaya (Dong Zong) telah ditubuhkan pada 22 Ogos 1954 secara rasmi. Tujuan penubuhan persekutuan ini adalah untuk menasihat penjajah kita, kerajaan British untuk menerima bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta memelihara hak budaya, pendidikan dan bahasa kaum Cina di Malaya

APA ITU MCA?

Logo MCA

- parti politik yang ditubuhkan pada 1950
sekarang dikenali sebagai "Malaysian Chinese Association" atau "Persatuan Cina Malaysia"
-Tujuan: menyatupadukan usaha dan memelihara hak masyarakat Cina di Malaysia
-terdapat tujuh ratus ribu anggota MCA pada masa kini di Malaysia


APA ITU DONG ZONG?
Logo dong zong


- dikenali sebagai Persekutuan Lembaga Pengurus Persatuan Sekolah Cina
- dianggap satu persekutuan yang terutama demi memelihara serta memperkembangkan pendidikan bahasa Cina di seluruh Malaysia
- bertanggungjawab menjalankan tugas hal ehwal Jawatankuasa Sekolah Menengah Persendirian Cina sejak 1973


          Apabila Kerajaan Perikatan mengambil alih kuasa pemerintahan di Malaya pada 1955, pada tahun seterusnya iaitu 1956, Laporan Razak telah diumumkan. Laporan Razak telah memberikan cadangan bahawa dalam 10 jenis, 2 jenis persekolahan peringkat rendah akan diwujudkan iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar. 


*****Laporan Razak*****

- cadangan untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu
- Nama laporan ini diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak
- matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya
Menteri Pelajaran pada masa itu = Tun Abdul Razak

Tugasan Jawatankuasa
> membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa
> menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
> menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain
> mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu

Cadangan Laporan Razak
- semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
- bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama
- bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diwajibkan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah
- Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina, Tamil menjadi bahasa pengantar
- Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
- Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum
- Guru-guru sekolah kebangsaan dan sekolah menengah adalah berkelayakan
- semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan
- Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.


Soalan

Pada pendapat anda, adakah MCA dan DONGZHONG memainkan peranan yang penting dalam menasihati kerajaan untuk menerima pendidikan Cina?

Friday, August 14, 2015

Latar Belakang Pendidkan Cina di Malaysia IV

          Pada 1949, Persatuan Guru- guru Sekolah Cina di Kuala Lumpur telah menggesa Wakil Persatuan Guru- guru Sekolah Cina di negeri- negeri lain di Malaya untuk mengemukakan "Memorandum Pendidikan Cina Persekutuan Malaya" untuk menentang Laporan Barnes. Pada masa yang sama, Gabungan Persatuan Guru- guru sekolah Cina Malaya iaitu Jiao Zong turut ditubuhkan untuk menyatupadukan usaha golongan pengajar Cina. Gabungan Persatuan Guru- guru Sekolah CIna telah berjaya ditubuhkan dan mereka telah mencadangkan agar bahasa Cina, bahasa Melayu bahasa Tamil dan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ibunda berbilang kaum diberi layanan yang sama dan disenaraikan sebagai bahasa rasmi pada 25 Disember 1951. Di samping itu, gabungan ini juga menyarankan  pendidikan Cina diterima sebagai salah satu aliran pendidikan di negara kita.

         
Logo Gabungan Persatuan Guru- guru Sekolah Cina


           Bagi menenangkan emosi rakyat Cina, kerajaan British  telah mengarahkan satu jawatan kecil untuk mengarahkan satu laporan, Laporan Fenn-Wu yang khusus meneliti tentang soal pendidikan Cina di Malaysia. Laporan ini telah menyeru penjajah kita, kerajaan British dan kaum Melayu agar mengamalkan sikap terbuka dalam soal pendidikan iaitu menerima sekolah Cina. Dalam Laporan Fenn-Wu telah mementingkan kebaikan pendidikan Cina supaya kerajaan British menerima pendidikan Cina dan memajukan. Walaubagaimanapun, Akta Pendidikan 1952 telah menggunakan cadangan Laporan Barnes iaitu mengganti bahasa penghantar sekolah Cina dan sekolah Tamil dengan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

** Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina**

- bertanggungjawab menjalankan tugas hal ehwal Jabatan Sekolah Rendah sejak 1994

-Ahli utama: pemipin-pemimpin dan guru- guru sekolah menengah persendirian Cina


Soalan

Pada pendapat anda, adakah pertubuhan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina penting? 


Friday, August 7, 2015

Latar Belakang Pendidikan Cina Di Malaysia III

            Setelah Jepun kalah dan mengundurkan diri daripada Malaya pada 1945, orang Cina bergiat mengusahakan lagi untuk mengusahakan sekolah Cina di Malaya. Walau bagaimanapun, usaha memperkembangkan semula pendidikan Cina selanjutnya didapati tetap kurang lancar.

             Apabila British balik ke Malaya (selepas Perang Dunia II), keadaan politik Malaya lagi mengalami perubahan baru kerana orang Melayu telah sedar tentang kepentingan politik terhadap mereka. Pihak British telah menetapkan dasar pendidikan yang baharu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaya yang telah diumumkan. Jawatankuasa Penasihat  Pendidikan Pusat yang ditubuhkan pada 1949 telah menunjukkan laporan tentang cadangan bahawa sistem pemerintahan kerajaan mestilah disampaikan melalui jenis sekolah rendah Inggeris dan bahasa Melayu dibenarkan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah pada Mei 1949. Bahasa Inggeris pula akan menjadi bahasa pengantar pengajaran kepada setiap sekolah menengah. Walaubagaimanapun, cadangan ini telah dipantau oleh pemimpin tempatan dengan hebat.

            Dua laporan pendidikan iaitu "Laporan Barnes" (1950) tentang pendidikan Melayu dan "Laporan Fenn-Wu" (1951) tentang pendidikan Cina telah dikemukakan setelah laporan yang disebutkan di atas ditolak.

Laporan Barnes
  • penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan 1957
  • diketuai oleh L.J Barnes
  • menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu
==Cadangan Laporan Barnes==


  • Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
  • Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
  • Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
  • Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu
  • Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
  • Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa CIna dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.


Laporan Fenn-Wu



-diadakan sebagai reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes
-diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Profesor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
-mengkaji dan menilai semula semula kewajaran Laporan Barnes
-Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan Kebudayaan Cina.


==Cadangan Laporan Fenn-Wu==
  • Sekolah Vernakular iaitu sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil serta bahasa Kebangsaan juga diadakan
  • Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
  • Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.


Ini merupakan gambar-gambar perang dunia II





Soalan

Apakah tujuan kewujudan Laporan Fenn-Wu dan Laporan Barnes?

Thursday, August 6, 2015

Latar Belakang Pendidikan Cina Di Malaysia II

Pada 1917, kempen menggunakan bahasa Cina moden(Baihua/白话) telah dianjurkan di negara China. Oleh hal yang demikian, sekolah Cina di Malaya juga dipengaruhi dan menggantian dialek Cia dengan ahasa kebangsaan negara China sebagai penghantar pengajaran. Perubahan ini telah menyebabkan perkembangan sekolah Cina di Malaya. Jumlah sekolah Cina di Semenanjung Malaysia pada 1918 telah mencapai angka tiga ratus lebih.

Pada masa itu, jelaslah sistem pendidikan, bahasa penghantar dan objektif pendidikan sekolah Cina di di Malaya berasaskan sistem pendidikan negara China. Kerajaan British pada ketika itu telah menjalankan dasar Laissez faire (biarkan) terhadap situasi ini, iaitu tidak bercampur tangan dalam hal pendidikan orang- orang Cina.


Contoh gambar sekolah cina pada masa itu




Sehinggalah tahun 1920, kerajaan British sebagai penjajah mula mengawal pendidkan Cina melalui Ordinan Pendaftaran Sekolah Cina dengan menrekodkan semua nama pengajar dan mula mengarah pegawai- pegawai British untuk mengawasi segala aktiviti yang dijalankan di sekolah- sekolah Cina. Hal ini kerana, kerajaan British berasa bimbang jika sekolah Cina dipergunakan oleh pihak lain untuk ideologi politik, memandangkan terdapat sesetengah guru dan pelajar yang beria- ria dengan ideologi politik Cina. British menggangap masyarakat Cina yang memegang keupayaan ideologi politik China mungkin menimbulkan masalah pada masa depan.Walaubagaimanapun, tindakan ini telah menimbul ketidakpuashati kaum Cina. tetapi British tetap meneruskan kawalan mereka.

Menurut laporan Jawatankuasa Tinggi Pendidikan 1937, jumlah pelaajar Cina yang bercecah 86289 merupakan dua kali ganda pelajar yang terdapat di sekolah Inggeris. Pada zaman Jepun, pendidikan Cina terbantut akibat peperangan.

Jumlah pelajar dan sekolah di Semenanjung Malaysia sebelum dan selepas penjajahan Jepun pada tahun 1950-an







Tuesday, August 4, 2015

Latar Belakang Pendidikan Cina di Malaysia I

                   Sebelum abad ke-20, cuma wujud pendidikan Cina tradisional di Malaya (Semenanjung Malaysia sekarang). Pada tahun 1904, Zhang Bi Shi, seorang pengawai akademik kerajaan China telah menubuhkan  sekolah Cina pertama di Pulau Pinang, Malaya. Selepas itu, pendidikan Cina pula diperkembangkan oleh masyarakat Cina yang berada di Malaya.
 Revolusi yang berlaku di China pada 1911 telah menukarkan sistem pemerintahan di-Raja kpada pemerintahan republik. Melalui revolusi ini, pendidikan Cina telah mengalami perubahan dan berkembang pesat atas dorongan golongan intelektual dari China.



Revolusi China 10 Oct 1911
        


 


Serba-sedikit tentang REVOLUSI CHINA 1911

- dimulai dengan Pemberontak Wuchang pada 10 October 1911 dan berakhir ketika Kaisar-Puyi turun takhta pada Februari 1912
-kelompok utama yang berseteru adalah pasukan Kerajaan dari Dinasti Qing dengan pasukan revolusi "Revolutionary Alliance (Tongmenghui)
-dinamakan begitu kerana 1911 merupakan tahun dalam putaransexagenary di Kalendar Cina






menunjukkan Jalan Nanjing setelah pemberontakan Shanghai, yang kemudian bangunan-bangunan dipasang bendera Lima Ras Dibawah Satu Kesatuan yang digunakan para revolusioner

Monday, August 3, 2015

Pengenalan sedikit tentang sejarah pendidikan sebelum merdeka

            Pada zaman pemerintahan British di tanah Melayu, tiada ada satu pendidikan yang seragam di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah serta menwujudkan sistem pendidikan vernakular dan sistem pendidikan ini dilaksanakan mengikuti kepentingan komposisi masing-masing.


Ciri-ciri sekolah vernakular di Malaysia

  • setiap sekolah khusus untuk satu kaum sahaja
  • setiap sekolah menggunakan sukatan pelajar
  • bahasa penghantar dan buku teks yang berbeza
  • sekolah dibina di kawasan seperti ladang, bandar dan kampung
  • tidak menyediakan pelajar vokasional dan teknikal
SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH PELAJARAN MENENGAH SEKOLAH CINA SEKOLAH INGGERIS PELBAGAI SUKATAN  PELAJAR...
Sistem pendidikan semasa penjajahan British/sebelum kemerdekaan

Terdapat 4 jenis sekolah telah wujud di Tanah melayu iaitu

  1. Sekolah Inggeris
  2. Sekolah Melayu
  3. Sekolah Cina
  4. Sekolah Tamil

Dan tumpuan kami hari ini ialah SEKOLAH CINA :

  • Penubuhan sekolah Cina dikelokakan oleh masyarakat Cina Tempatan lazimnya para pedagang Cina
  • sistem pada awalnya tidak teratur
  • bermatlamat untuk memupuk semangat kesetiaan terhadap negara China


Ciri-Ciri Sekolah Cina
  • bahasa penghantar mengikut dialek masing-masing dan ini telah menunjukkan tidak       keseragaman
  • Mandarin telah digunakan pada 1920 untuk keseragaman
  • mengambil sukatan pelajaran dan mengimport buku teks dan duru dari negara China
  • Terdapat 3 peringkat iaitu:   


  1. sekolah rendah (6 tahun)   
  2. sekolah menengah rendah (3 tahun)
  3. sekolah menengah atas (3 tahun)
  • dipantau oleh kerajaan China selepas revolusi 1911 di China

Kesan penubuhan masing-masing telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama iaitu Inggeris, Cina , Tamil dan aliran  Melayu.  Kesan langsung wujudnya sistem  pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.