Saturday, August 22, 2015

Soalan kuiz tentang Pendidikan di Tanah Melayu

Untuk memahami tajuk sejarah pendidikan Cina sebelum kemerdekaan dengan lebih mendalam, sila menjawab soalan-soalan tersebut. Jika anda sudah menjawab semua soalan, anda boleh merujuk kepada post yang sebelumnya untuk mendapat jawapan yang lebih tepat.

Soalan Struktur

Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.

(a)    Apakah maksud pendidikan vernakular ?

(b)    Nyatakan ciri umum pendidikan vernakular.

(c)     Jelaskan persamaan pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa penjajahan British.

 (d)   Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan vernakular tidak mampu memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu ?


(e)    Bagaimanakah perpaduan kaum di negara kita boleh dipupuk melalui sistem pendidikan ?


Taniah jika anda dapat menjawab semua soaaln dengan tepat. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai kesusahan untuk menjawab, sila rujuk kepada post-post sebeumnya.

Pendidikan di Tanah Melayu

             Pendidikan vernakular merupakan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar. Ciri-ciri umum pendidikan ialah:
  • berorientasikan kaum
  • buku teks dan guru dibawa dari negara asal
  • menggunakan pengantar bahasa ibunda
  • kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing

            Terdapat banyak persamaan pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa penjajahan British iaitu kos pendidikan dibiayai oleh pengusaha (Cina: taukeh lombong ,Tamil: pengusaha ladang), menggunakan dialek sebagai bahasa pengantar dan guru, buku serta sukatan pelajaran dibawa dan berasaskan di negara asal.

            Pada pendapat saya, pendidikan vernakular tidak dapat memupuk perpaduan di Tanah Melayu kerana pendidikan vernakular berorentasikan kaum masing-masing. Selain itu, murid yang pelbagai kaum telah dipisahkan dan tidak menggunakan sukatan pelajaran sama. Di samping itu, kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing dan pendidikan ini tidak dilaksanakan hingga ke peringkat tinggi

            Untuk memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu melalui sistem pendidikan, rakyat harus menggunakan menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan menggunakan bahasa Melayu iaitu bahasa rasmi sebagai bahasa pengantar. Pada masa yang sama, semua kaum harus menglibat dalam aktiviti kokurikulum dan mewujudkan sekolah kebangsaan.

            Selepas negara mencapai kemerdekaan, usaha yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memperkasakan sistem pendidikan ialah menggunakan pengantar yang bersama, menyediakan peluang pendidikan ke pusat pengajian tinggi, melengkapkan prasarana pendidikan serta melengapkan sekolah degan kemudaha ICT.

Video tentang perkembangan Pendidikan Cina di Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=_Dq-fImRD-k

https://www.youtube.com/watch?v=yheGX1i2zik

https://www.youtube.com/watch?v=ZAr3Op2TDlg

https://www.youtube.com/watch?v=AOYSMl


Pada pendapat anda, kenapa pendidikan begitu penting bagi sesebuah kaum?

Contoh sukatan yang digunakan oleh Sekolah Cina

Sunday, August 16, 2015

Latar Belakang Pendidikan Cina di Malaysia VI

           Pada 1960, kerajaan telah mengkaji semula Ordinan Pelajaran 1957 melalui jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman bin Talib. Laporan jawatankuasa tersebut dinamakan sebagai Laporan Rahman Talib. Melalui laporan ini, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan telah dicadangkan untuk ditubuhkan. Cadangan ini adalah untuk menempatkan semua kanak-kanak yang pelbagai kaum di bawah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta bertujuan untuk mengamalkan sistem pendidikan yang hanya menggunakan satu bahasa. Salah satu cadangan Laporan Rahman Talib ialah kerajaan akan memberi subsidi kepada sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala  bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh diajar sebagai mata pelajaran tambahan. Laporan ini telah diluluskan pada Oktober 1961 dan dimaktubkan menjadi Akta Pelajaran 1961.


Abdul Rahman bin Talib yang mengetuai Laporan Rahman Talib

__Serba-sedikit tentang Akta Pelajaran 1961__
- akta ini telah dilaksanakan sehingga sekarang
- berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan abdul Talib
-bertujuan untuk menyatupadukan kaum yang terdapat di Malaysia

Isi Kandungan Akta Pelajaran 1961

= pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
=sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga 15 tahun
= murid naik darjah secara otomatik
= pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangnya 15 orang
= pendidikan akhlak dititikberatkan
= membahagikan sekolah menengah kepada 2 jenis dan kerajaan memberi subsidi penuh kepadadua jenis tersebut bermula 1962
   
   a. sekolah kebangsaan
- terdiri daripada pelajar Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

  b. sekolah jenis kebangsaan
 - terdiri daripada pelajar Cina dan pelajar India, yang menggunakan bahasa Inggris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
 - mata pelajaran tambahan --bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sila rujuk kepada http://www.scribd.com/doc/7458585/Pendidikan-Cina-di-Malaysia#scribd


Soalan
1. Pada pendapat anda, mengapakah pihak kerajaan selalu menggubalkan sistem pendidikan? Apa tujuan mereka?

Saturday, August 15, 2015

Latar Belakang Pendidikan Cina di Malaysia V

          Pada 1954, kerajaan British telah mencadangkan bahawa hanya pelajar yang cukup usia wajib belajar di sekolah kebangsaan melalui Akta Pendidikan 1954. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah mendapat tentangan yang hebat daripada kaum Cina. Oleh hal yang demikian, wakil dari pihak sekolah Cina di Semenanjung Malaya telah mengadakan mesyuarat dengan wakil Malayan Chinese Association (MCA) untuk membincangkan hal-hal yang berkenaan. Keputusan perbincangan mesyuarat ini ialah Persekutuan Lembaga Pengurus Persatuan Sekolah Cina di Malaya (Dong Zong) telah ditubuhkan pada 22 Ogos 1954 secara rasmi. Tujuan penubuhan persekutuan ini adalah untuk menasihat penjajah kita, kerajaan British untuk menerima bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta memelihara hak budaya, pendidikan dan bahasa kaum Cina di Malaya

APA ITU MCA?

Logo MCA

- parti politik yang ditubuhkan pada 1950
sekarang dikenali sebagai "Malaysian Chinese Association" atau "Persatuan Cina Malaysia"
-Tujuan: menyatupadukan usaha dan memelihara hak masyarakat Cina di Malaysia
-terdapat tujuh ratus ribu anggota MCA pada masa kini di Malaysia


APA ITU DONG ZONG?
Logo dong zong


- dikenali sebagai Persekutuan Lembaga Pengurus Persatuan Sekolah Cina
- dianggap satu persekutuan yang terutama demi memelihara serta memperkembangkan pendidikan bahasa Cina di seluruh Malaysia
- bertanggungjawab menjalankan tugas hal ehwal Jawatankuasa Sekolah Menengah Persendirian Cina sejak 1973


          Apabila Kerajaan Perikatan mengambil alih kuasa pemerintahan di Malaya pada 1955, pada tahun seterusnya iaitu 1956, Laporan Razak telah diumumkan. Laporan Razak telah memberikan cadangan bahawa dalam 10 jenis, 2 jenis persekolahan peringkat rendah akan diwujudkan iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar. 


*****Laporan Razak*****

- cadangan untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu
- Nama laporan ini diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak
- matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya
Menteri Pelajaran pada masa itu = Tun Abdul Razak

Tugasan Jawatankuasa
> membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa
> menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
> menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain
> mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu

Cadangan Laporan Razak
- semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
- bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama
- bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diwajibkan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah
- Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina, Tamil menjadi bahasa pengantar
- Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
- Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum
- Guru-guru sekolah kebangsaan dan sekolah menengah adalah berkelayakan
- semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan
- Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.


Soalan

Pada pendapat anda, adakah MCA dan DONGZHONG memainkan peranan yang penting dalam menasihati kerajaan untuk menerima pendidikan Cina?

Friday, August 14, 2015

Latar Belakang Pendidkan Cina di Malaysia IV

          Pada 1949, Persatuan Guru- guru Sekolah Cina di Kuala Lumpur telah menggesa Wakil Persatuan Guru- guru Sekolah Cina di negeri- negeri lain di Malaya untuk mengemukakan "Memorandum Pendidikan Cina Persekutuan Malaya" untuk menentang Laporan Barnes. Pada masa yang sama, Gabungan Persatuan Guru- guru sekolah Cina Malaya iaitu Jiao Zong turut ditubuhkan untuk menyatupadukan usaha golongan pengajar Cina. Gabungan Persatuan Guru- guru Sekolah CIna telah berjaya ditubuhkan dan mereka telah mencadangkan agar bahasa Cina, bahasa Melayu bahasa Tamil dan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ibunda berbilang kaum diberi layanan yang sama dan disenaraikan sebagai bahasa rasmi pada 25 Disember 1951. Di samping itu, gabungan ini juga menyarankan  pendidikan Cina diterima sebagai salah satu aliran pendidikan di negara kita.

         
Logo Gabungan Persatuan Guru- guru Sekolah Cina


           Bagi menenangkan emosi rakyat Cina, kerajaan British  telah mengarahkan satu jawatan kecil untuk mengarahkan satu laporan, Laporan Fenn-Wu yang khusus meneliti tentang soal pendidikan Cina di Malaysia. Laporan ini telah menyeru penjajah kita, kerajaan British dan kaum Melayu agar mengamalkan sikap terbuka dalam soal pendidikan iaitu menerima sekolah Cina. Dalam Laporan Fenn-Wu telah mementingkan kebaikan pendidikan Cina supaya kerajaan British menerima pendidikan Cina dan memajukan. Walaubagaimanapun, Akta Pendidikan 1952 telah menggunakan cadangan Laporan Barnes iaitu mengganti bahasa penghantar sekolah Cina dan sekolah Tamil dengan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

** Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina**

- bertanggungjawab menjalankan tugas hal ehwal Jabatan Sekolah Rendah sejak 1994

-Ahli utama: pemipin-pemimpin dan guru- guru sekolah menengah persendirian Cina


Soalan

Pada pendapat anda, adakah pertubuhan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina penting?